Sekolah Min Terk ditubuhkan pada tahun 1939. Ianya ditubuhkan oleh En. Zheng Guan Hua, En Li You Tian, En. Liu Yin Feng, En. Zheng Qiu Jin, En. Zheng Shun Lai, En. Lin De Long, En. Liu Ban Feng, En. Liu Ru Qing, En. Wu Wu Zei dan En. Chen Ya Cha. Sekolah ini terletak di kebun Han Min. Guru Besar yang pertama ialah En. Zheng Bo Yu. Bangunan sekolah pada ketika itu merupakan sebuah rumah atap yang kecil. Bilangan murid pada masa itu berjumlah 30 orang sahaja. Operasi sekolah ini dihentikan dari tahun 1941 hingga 1945 disebabkan pemerintahan Jepun. Pada bulan Ogos 1945, operasi sekolah disambung semula manakala sekolah dibuka semula pada 30 Jun 1946. Pada masa itu,sekolah berpindah ke 2 buah rumah kedai kepunyaan En. Li Yu Tian. Guru Besar ialah En. Dai Yu Fu.
Bilangan murid bertambah dari Mac, 1946 hingga 30 Jun 1946. Lembaga Pengurus Sekolah membeli 2 ekar tanah sekolah. Guru Besar pada masa itu adalah Pn. Ong Chooi Kim. Pada tahun 1961, En. Wang Lin Qin sebagai Guru Besar. Beliau dan Lembaga Pengurus telah berjaya memohon Peruntukan Kerajaan sebanyak RM 130000 untuk membina sebuah bangunan 2 tingkat dalam tahun 1969. Pada masa itu, bilangan murid mencapai seramai 680 orang. Pada tahun 1974, En. Ooi Seng Kee telah mengetuai sekolah ini membina sebuah gelanggang bola keranjang. Di samping itu, kerajaan memperuntukan 2 ekar tanah dijadikan padang sekolah. Pada tahun 1988, sebuah perpustakaan telah didirikan. Permohonan peruntukan bagi membina bilik darjah sedang dijalankan. Pada tahun 1992, sebuah bangunan baru telah dibina dan masalah kekurangan bilik darjah telah diatasi. Pada tahun 1998, projek pembinaan sebuah dewan serba guna telah dijalankan. Projek tersebut telah disiapkan pada tahun 2000. |